SEKAPUR SIRIH...

nasir

Prof. Madya Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir
Pengerusi OSHE FSKSM


Terlebih dahulu pihak OSHE FSKSM mengucapkan terima kasih di atas kesudian saudara melayari laman web OSHE FSKSM. Saya bagi pihak Jawatankuasa OSHE FSKSM mengalu-alu dan mengucapkan selamat datang ke laman web OSHE FSKSM.


           Tujuan utama pengujudan laman web OSHE FSKSM ini adalah sejajar dengan perkembangan semasa IT yang membolehkan maklumat serta panduan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dapat disalurkan secara terus kepada warga FSKSM khasnya dan juga kepada mahasiswa amnya.


           Akta KKP 1994 yang telah digariskan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia perlu dipatuhi dari masa ke semasa bagi memastikan risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (KKP) dapat dicegah dan dikawal. Tambahan pula keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang bekerja adalah satu aspek yang sentiasa diberi penekanan oleh pihak Kerajan bagi memastikan suasana tempat kerja adalah kondusif dan perkhidmatan dapat disediakan secara produktif dan berkualiti.


          Penubuhan OSHE FSKSM adalah juga sebagai platform bagi menyokong Polisi yang digariskan oleh Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM iaitu bertanggungjawab menyedia, mewujud dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk seluruh warga UTM dan semua pihak yang berurusan dengan UTM selaras dengan kehendak perundangan negara.

          Adalah diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Unit OSHE FSKSM serta maklumat-maklumat yang boleh diperolehi melalui laman web ini dapat memberi manfaat kepada staf dan juga pelajar serta mewujudkan kesedaran terdapat KKP dan seterusnya membudayakan etika kerja yang selamat dan sihat di persekitaran tempat kerja khasnya dan juga pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


Sekian, terima kasih.  


Last Update: 31 Januari 2012